Home Berita PAS Kedah

”Berilah kail, jangan ikannya”

111
SHARE

Oleh ABDUL HADI OMAR

TANJUNG MALIM, 19 Nov – “Berilah kail, jangan ikannya” YAB Dato Seri Menteri Besar memetik kata-kata pujangga melayu dalam ucapan bajet Kerajaan Negeri Kedah yang melabuhkan tirai kelmarin.

Sebagai salah seorang penggerak Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA), setiap detik perbincangan diikuti dengan cermat dan teliti oleh pasukan kami bagi membolehkan ianya diolah dan disampaikan kepada rakyat dengan menyeluruh.

Bajet yang mempunyai tiga teras utama iaitu:-

Pertama, peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

Kedua, pemangkin dan pemulihan ekonomi.

Ketiga, pendigitalan perkhidmatan dan kecekapan tadbir urus dilihat mampu meningkatkan tahap penyampaian kerajaan negeri Kedah kepada rakyat.

Perancangan bajet kali ini juga berpaksikan kepada tiga paksi utama iaitu tema ekonomi, rakyat dan alam di bawah Pelan Pembangunan Kedah 2035.

Di dalam bajet kali ini, Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Menteri Besar memperuntukkan sejumlah RM444.6 juta bagi tujuan pemulihan sektor ekonomi tempatan.

Manakala bagi tujuan pendigitalan kecekapan tadbir urus, pihak kerajaan memperuntukkan sejumlah RM600.86 juta.

Pemerkasaan sistem tadbir urus negeri Kedah berasaskan platform digital dilihat bertepatan dengan perkembangan ekonomi semasa yang begitu cepat beralih kepada ekonomi berasaskan digital.

Secara keseluruhannya, sejumlah RM1.35 billion anggaran peruntukan bagi tahun 2022 bagi tujuan belanja mengurus dan pembangunan.

Keperihatinan kerajaan negeri terhadap warga marhean juga boleh dilihat melalui peruntukan sebanyak RM1.242 juta bagi membantu penjaja kecil untuk kembali berniaga selepas terjejas disebabkan pandemik COVID 19.

Bantuan khemah serta peralatan asas bantuan awal perniagaan semula ini dilihat memberi nafas baharu kepada golongan bawahan yang cukup memerlukan ini.

Keperihatinan YAB Dato’ Seri Menteri Besar terhadap rakyat juga dapat dilihat daripada program Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera dengan peruntukan RM1 juta bagi meningkatkan kemahiran serta mengukuhkan keusahawanan digital kalangan usahawan.

Diharapkan melalui bajet yang komprehensif dan menyeluruh ini, dapat menyuntik kembali fiskal ekonomi yang menguncup sepanjang tempoh pandemik yang berlaku.

Dengan catatan lebih 150 ribu kes COVID 19 dengan lebih daripada 2000 kematian, diharapkan rakyat negeri Kedah terus dilindungi oleh Allah SWT di bawah kerajaan yang adil dan saksama ini.

Kecekapan YAB Dato’ Seri Menteri Besar dalam mentadbir negeri juga boleh dilihat daripada kenaikkan jumlah simpanan tetap kerajaan negeri yang kini sudah mencecah RM660.31 juta.

Mudah-mudahan gagasan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua :Pakat-pakat Meghasa ini dirasai oleh semua rakyat Negeri Kedah Darul Aman.

Bajet yang menyeluruh dan menyentuh semua pihak membuktikan bahawa kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor begitu prihatin dan mengambil berat terhadap rakyat negeri Kedah Darul Aman.

Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar untuk terus memimpin kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.