Home Berita PAS Melaka

PAS pilih strategi laut biru politik solusi

199
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto ABU ANAS

JASIN, 11 Okt: PAS memilih untuk menggunakan ‘strategi laut biru’ dengan menawarkan politik solusi ataupun politik penyelesaian kepada rakyat, kata Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Negeri Melaka, Bakri Jamaluddin.

Menurut beliau strategi ini pernah digunakan oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Pierre James Trudeau sewaktu pilihan raya negaranya sebelum ini yang menawarkan politik solusi di saat parti-parti politik lain sedang bertelagah.

“Hari ini Tuan Guru Presiden kita (sebenarnya) telah menawarkan politik solusi ini jauh sebelum ini, yang kita namakan ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).

“Waktu itu saya di Indonesia lagi. Semua ini sebenarnya politik solusi. Walaupun hari tu orang sebut itu tak betul, ini tak betul, tapi hari ini orang akui bawa politik matang, budaya politik matang Itulah yang kita perlukan untuk menyatukan kekuatan umat Islam,” ujar beliau.

Bakri Jamaluddin

Tambah Bakri lagi pada hari ini politik orang Melayu yang menjadi teras kepada negara ini terancam, di mana sekiranya PAS, Umno dan Bersatu terus berpecah ada kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Tambahnya lagi sekiranya PH menang kemungkinan besar mereka akan mengubah persempadanan baharu pilihan raya dan ini bakal menguntungkan DAP dan mengancam survival politik orang Melayu.

“Kita kena ambil tanggungjawab Jangan kita sambil lewa. Kemenangan itu bukan kerja kita. Kemenangan itu ditentukan oleh Allah sekiranya kita memenuhi ciri-ciri untuk diberikan kemenangan,” ujarnya.

Bakri yang juga merupakan Mas’ul Pilihan Raya PAS Melaka berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di dalam majlis taklimat Program Jelajah Kasih yang berlangsung di Kompleks PAS Jasin, di sini, pada Ahad (9 Oktober).

Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis yang sama berkata, semua pimpinan parti perlu berfikir bagai mana untuk menjadikan PAS sebagai parti kerajaan dan bukannya menjadi semata parti pembangkang.

Datuk Ustaz Kamarudin Sidek

“Kalau fikir nak jadi pembangkang tak payah masuk pilihan raya. Mesti fikir nak jadi kerajaan. Samada kerajaan secara total seperti Terengganu Kelantan… saya kata mungkin berapa dekad lagi nak jadi macam tu kita memerintah seorang.

“Tetapi tak boleh secara total, kita seorang memerintah, kena pandai-pandailah runding. Kena jalin kerjasama dengan mana-mana (parti),” ujar beliau.

Menurut beliau sebelum ini PAS pernah berpeluang berada dalam kerajaan negeri Melaka selama 18 bulan, namun kini tidak lagi disebabkan perubahan kerjasama politik.

“Sekarang (kena fikir) macam mana nak duduk balik dalam kerajaan. Sebab apa? Tak ada kuasa tak payah cakaplah. Sembang kedai kopi bolehlah,” ujar beliau.

Program Jelajah Kasih ini yang dianjurkan oleh Jabatan Pilihan Raya (JPRN) PAS Negeri Melaka bertujuan untuk melakukan culaan bagi Parlimen Jasin melibatkan lebih 100 orang petugas dari seluruh Melaka sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya-2, Ustaz Imran Abdul Rahman, Pengarah JPRN, Ir Hanim Abas, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Negeri, Bahiki Ismail dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH