Home Kenyataan Media PAS Perlis

PAS Perlis ucap tahniah pelantikan Timbalan Perdana Menteri

40
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERLIS

PAS PERLIS UCAP TAHNIAH PELANTIKAN TIMBALAN PERDANA MENTERI

Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs) merakamkan ucapan tahniah kepada YAB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh YAB. Perdana Menteri pada hari ini.

Pelantikan ini dilihat tepat pada masanya memandangkan beliau memiliki pengalaman yang amat luas selaku Menteri Kanan dan diyakini mampu membantu YAB. Perdana Menteri dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara pada ketika negara sedang mengharungi tempoh sukar akibat pandemik Covid-19.

BPPNPs juga menyifatkan gandingan dua tokoh penting negara dalam menerajui kerajaan Perikatan Nasional ini mampu mengembalikan semula kegemilangan negara sebagai salah satu kuasa ekonomi yang kukuh dan stabil di rantau ini.

BPPNPs juga turut mengucapkan tahniah kepada YB. Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun
Hussein, Menteri Luar Negeri, yang telah dilantik sebagai Menteri Kanan dan akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai YAB. Dato’ Sri Ismail Sabri.

ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN

MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H