Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Selamat Maju Jaya YAB Dato’ Seri Ismail Sabri, Dato’ Seri Hishammuddin – BPPWP

30
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

BPPWP berharap pelantikan berkenaan dapat membantu Perdana Menteri dalam mentadbir negara yang kini masih bergelut dengan krisis kesihatan dan ekonomi.

BPPWP melihat hal ini juga dapat mengukuhkan perpaduan antara parti-parti komponen kerajaan Perikatan Nasional sekaligus memperkemaskan agenda penyatuan ummah dalam Muafakat Nasional.

BPPWP mendoakan agar YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Dato’ Seri Hishammuddin sentiasa dalam bimbingan Allah SWT untuk melaksanakan amanah yang digalas. Selamat maju jaya.

Siiru ‘ala barakatillah.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

“Wilayah Sejahtera”

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS
Wilayah Persekutuan (BPPWP)
7 Julai 2021 l 26 Zulkaedah 1442H