Home Kenyataan Media PAS Perlis

PAS Perlis tetap pertahan agenda penyatuan ummah

107
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERLIS
PAS PERLIS TETAP PERTAHAN AGENDA PENYATUAN UMMAH

PAS Perlis mengambil maklum kenyataan Menteri Besar Perlis yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Azlan Man seperti yang disiarkan di dalam portal Sinar Harian yang mendakwa Umno dan BN Perlis bersedia bergerak tanpa PAS dalam PRU-15 nanti.

PAS Perlis menganggap kenyataan sedemikian amat meresahkan umat Islam khasnya kerana menggalakkan perpecahan berbanding penyatuan yang sedang diusahakan.

Walhal Allah secara jelas menegah umatnya berpecah-belah seperti yang disebutkan dalam beberapa ayat di dalam Al-Quran, antaranya ayat 103 Surah Al-Imran dan ayat 10 Surah Al-Hujuraat.

Maka, selaras dengan perintah Allah dan sejajar dengan Tema Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 yang lalu iaitu ‘ISLAM MENYATUKAN UMMAH’, PAS akan terus konsisten dalam mengusahakan agenda perpaduan kerana ianya menjamin kekuatan agama, bangsa dan negara.

PAS Perlis juga ingin mengingatkan semua pihak bahawa hanya dengan penyatuan, kekuatan dan kestabilan ummah dan negara akan dicapai kerana kesatuan mewujudkan sinergi kekuatan dan menutup kelemahan bila saling bekerjasama antara parti berbanding satu parti.

Justeru, PAS Perlis sekali lagi menyeru semua pihak agar mengenetepikan perbezaan dan kepentingan politik dan meneruskan usaha menjayakan penyatuan ini hingga mencapai matlamatnya.

ISLAM MENYATUKAN UMMAH

MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
26 Mei 2022 | 25 Ramadan 1443H