Home Berita PAS Sabah

PAS Kinabatangan rai Anggota BOMBA dan Guru PASTI SRITI

33
SHARE

26 Mei 2022
Oleh: Liyana Dahon

KINABATANGAN: Bersempena dengan Hari BOMBA Sedunia yang disambut pada 4 Mei dan Hari Guru pada 16 Mei lepas, PAS Kinabatangan tampil menziarahi dan menyantuni serta meraikan para anggota Bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat dan guru PASTI SRITI Kinabatangan.

Cenderahati berupa Roti Jala dan kek sebagai tanda ingatan penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka telah disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS, Izzah Innah.

Beliau berkata “Walaupun hari bomba dan hari guru sudah berlalu, namun kita masih boleh raikan mereka yang sentiasa berkhidmat kepada masyarakat. Jasa dan pengorbanan mereka hanya Allah yang mampu membalasnya.”

Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas khidmat dan jasa yang telah dikorbankan kepada masyarakat Kinabatangan dan sekitarnya.

Ketua Balai, Tuan Nurul Azlan Shah Bin Jamalludin dan guru PASTI SRITI turut menzahirkan rasa terharu dan rasa dihargai apabila menerima kunjungan dan cenderahati daripada PAS Kinabatangan.

Mereka berterima kasih kerana masih mengingati mereka walaupun hari bomba dan guru sudah berlalu.

Turut sama turun dalam program ini ialah Ikon Muslimat Muda, Shahirah Salasain, ahli Ameerah serta beberapa ahli PAS Kinabatangan yang lain.