Home Berita PAS Wilayah

Rumah terbuka PAS Wilayah zahir keutuhan PN, MN

50
SHARE

Oleh Maizatul Asida

BATU, 25 Mei : Kira-kira 1000 pengunjung terdiri daripada masyarakat berbilang kaum memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Wilayah Persekutuan di Dataran Madrasah Al-Falah, Pantai Sentral Lembah Pantai, Ahad lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya, majlis ini bukan sekadar untuk menjamu selera, bahkan ianya adalah wadah untuk mengeratkan hubungan antara Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) di Wilayah Persekutuan khususnya.

“Para pemimpin masyarakat di setiap peringkat mestilah bersatu-padu untuk membawa agenda penting rakyat dan negara.

Ini bagi memastikan negara diurus tadbir dengan baik serta dapat menjamin keamanan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan bangsa,” ujar beliau lagi.

Hadir sama Ketua Bahagian Bersatu Lembah Pantai, Ir Zainal Abidin Osman, Setiausaha Politik UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Ramlan Askolani, Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Datuk Muhammad Muqharobbin Mokhtaruddi , Timbalan Ketua Bahagian MIC Lembah Pantai, V Ganesh Varatharajoo dan para pemimpin PN serta MN Wilayah Persekutuan.

Turut hadir menceriakan rumah terbuka, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kemasyarakatan, Dato’ Hajah Siti Zailah, Bendahari PAS Pusat, Dato Iskandar Samad dan Exco PAS Pusat, Dr Halimah Ali.

Majlis yang cukup meriah ini menyajikan pelbagai juadah hari raya antaranya rendang, lemang, mee kari, cendol, nasi impit dan satay di kios-kios kelolaan semua kawasan dan dewan di bawah PAS Wilayah Persekutuan.

Kios terbaik dan kreatif turut menerima hadiah sebagai tanda perhargaan kepada kesungguhan para petugas yang menjayakan majlis ini.