KENYATAAN PENAFIAN
PAS Perak menafikan gambar tular kononnya Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak diconteng yang dimuat naik pemilik akaun Twitter @gengkotak yang cuba melakukan provokasi murahan dan fitnah jahat.
Berdasarkan gambar terkini pada 3 Julai 2021 harini keadaan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak masih dalam keadaan baik dan aman.
PAS Perak melahirkan rasa kesal di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak tertentu.
PAS Perak berharap masyarakat dapat bertenang selepas mendapat penjelasan ini dan bersama kita menolak perbuatan fitnah dan tidak bermoral ini.
PAS Perak menyeru agar kita semua dapat berpolitik secara matang dan sejahtera.
Sekian Terima Kasih
HAFEZ SABRI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak