Home Berita PAS Terengganu

100 OKU Taman Rahmat terima perkhidmatan vaksinasi First Class

29
SHARE

MARANG, 3 Julai – Seramai 100 orang peserta vaksinasi yang terdiri dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) diberi kemudahan dan layanan yang cukup istimewa apabila diberi kemudahan vaksinasi berhampiran kediaman mereka.

Kesemua mereka telah berjaya disuntik vaksin dos pertama menerusi Program Vaksinasi Outreach Taman Rahmat, Pulau Kerengga, dekat sini, hari ini.

Program outreach yang dijalankan ini bukan sahaja telah mempercepatkan proses suntikan vaksin tetapi turut memudahkan aksesibiliti kepada kumpulan sasar khususnya golongan OKU yang pergerakan agak terbatas.

Bukan itu sahaja, pemberian wang saguhati dari Pejabat Ahli Parlimen Marang turut disampaikan kepada penerima vaksin dan petugas serta turut menerima sebungkus seorang nasi ayam yang diimport khas daripada Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu.

Kesenangan yang diberikan ini adalah demi untuk kesejahteraan rakyat di Marang khususnya yang mempunyai masalah kesihatan seperti mereka orang OKU.

Penarik beca juga menerima inisiatif sebanyak RM50 dari pejabat Parlimen Marang.

Tahniah buat semua yang menjayakan program outreach pada kali ini iaitu Pejabat Daerah Marang, Pusat Kesihatan Daerah Marang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

#MarangSejahtera