Home Berita PAS Kedah

Seluruh negeri Kedah capai Internet 4G tahun depan

14
SHARE

ALOR SETAR – Perkhidmatan serta kemudahan dari liputan rangkaian telekomunikasi dan capaian internet akan dinaik taraf kepada 4G di kawasan berpenduduk di seluruh negeri ini.

Exco Kerajaan Negeri, Wan Romani Wan Salim berkata, 270 lokasi masih tidak mendapat capaian internet, namun 88 menara dijangka siap menjelang suku pertama 2022 nanti.

Jelas beliau, pembinaan di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) memperuntukkan 107 menara jalur lebar itu bakal membolehkan capaian 4G dinikmati pengguna.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam pada itu dilaporkan bakal melakukan naik taraf sama yang dijangka siap menjelang April tahun depan

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim antara berkongsi berita gembira itu memberitahu bahawa pemasangan dan naik taraf alat pemancar akan meningkatkan capaian internet.

Beliau diberitahu, antara lokasi akan diletakkan pemancar tersebut adalah di Kampung Charok Kudong, Hujung Keton, Linchan, Padang Durian, Lubuk Dalam, dan Watt Paya Mak Insun.

Katanya lagi, kerja kerja menaik taraf untuk beberapa alat pemancar kepada teknologi 4G/LTE akan dapat menambah baikkan pencapaian internet di daerah tersebut.

Tambahnya lagi, Bukit Jambul, Bukit Pinang, Paya Kelubi, dan Paya Lipai akan ditambah baikkan jaringan capaian internet dan liputan telekomunikasi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia memberitahu dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, capaian internet dan liputan telekomunikasi adalah aspek yang sangat penting.

“Kerana ianya menjadi keperluan utama kepada pelajar untuk PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah),” ujarnya.

Pihaknya juga telah beberapa kali membuat aduan mengenai isu internet yang lemah kepada SKMM untuk diambil perhatian segera bagi menangani isu tersebut.