Home Berita PAS Perak

PAS Perak kecam usaha pembatalan status agama | Kenyataan Media PAS Negeri Perak

154
SHARE

PAS Perak kecam usaha pembatalan status agama | Kenyataan Media PAS Negeri Perak

PAS Perak meneliti perkembangan isu status agama anak-anak Loh Siew Hong yang dituntut semula olehnya, setelah menghilang sejak anak-anaknya itu diserahkan oleh Ayahnya kepada Jabatan Agama Perlis untuk diIslamkan pada Julai 2020.

PAS Perak menegaskan bahawa aqidah ketiga tiga anak tersebut perlu dipertahankan. Apatah lagi mereka telah memeluk Islam atas dasar kefahaman, tanpa sebarang unsur paksaan.

Justeru, PAS Perak mengecam mana-mana usaha samada individu atau mana mana parti untuk membatalkan pengIslaman mereka, kerana secara tak langsung menafikan hak kebebasan dalam negara demokrasi.

PAS Perak mengajak kepada mana mana ekstremis agar bersikap terbuka untuk berdialog antara agama secara professional agar hal hal seperti ini dapat diselesaikan secara harmoni.

YB Khalil Yahaya
Ketua Penerangan PAS Negeri Perak
2 April 2022 | 30 Syaaaban 1443H