Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Ramadan 2022 : Manfaatkan kelonggaran di fasa endemik untuk maksimumkan ibadah

85
SHARE

Bulan Ramadan sememangnya dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia kerana fadilatnya yang begitu besar melebihi bulan-bulan yang lain.

Jika dilihat persiapan para salafussoleh dahulu, mereka bersedia selama setahun agar Ramadan yang dilalui dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan amal soleh.

Kita telah melalui 2 kali Ramadan dalam situasi pandemik yang membataskan ibadah kita, tidak semeriah sebelumnya.

Alhamdulillah tahun ini, kita dapat lebih kelonggaran untuk beribadah dengan SOP terbaru kerajaan berikutan fasa endemik yang telah diumumkan.

Manfaatkanlah ruang dan peluang yang ada ini untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita, baik solat fardu dan sunat, bacaan Al-Quran, bersedekah dan lain-lain.

Semoga Ramadan kita tahun ini ialah Ramadan yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya dan kita dapat meraih ketaqwaan yang dijanjikan Allah bagi siapa yang mendirikan keseluruhan Ramadan dengan sebaik-baiknya.

Akhirnya, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan seluruh saff kepimpinan mengucapkan Ramadan Kareem dan selamat berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.

Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

“Islam Menyatukan Ummah”

“Wilayah Sejahtera”

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
2 April 2022 l 30 Sya’ban 1443H