Home Artikel PAS Johor

PAS Pasir Gudang Sasar Kebajikan Untuk Semua Kaum

72 views
SHARE

Jumaat 12.4.2019

Oleh : Roslita Rohani

Alhamdulillah. Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Pasir Gudang telah mengadakan Program Sumbangan Kebajikan Di UPU Megah Ria, Kota Puteri dan Taman Rinting.

Majlis dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Pasir Gudang, Tuan Hj Azhari Bin Mohd, TYDP PAS Kawasan Pasir Gudang merangkap Ketua Lajnah Perpaduan Nasional & Hubungan NGO, Tuan Ab.Aziz Bin Abdullah, Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Pasir Gudang, Puan Roslita Rohani beserta rombongan Ajk Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Gudang, Ketua Cawangan Kota Puteri dan Ajk Cawangan Megah Ria dan Taman Rinting.

Majlis juga turut dihadiri oleh Ketua Cawangan UMNO Kota Puteri dan Megah Ria.

Tazkirah ringkas oleh Ust Habib Noh selaku Ketua Lajnah Dakwah PAS Kawasan Pasir Gudang sebagai pembuka tirai majlis pada hari ini.

Seramai 41 buah keluarga yang terdiri daripada golongan MOSWAY telah menerima sumbangan.

Tujuh buah keluarga yang terdiri daripada kaum India, Cina dan Iban juga turut menerima sumbangan dalam majlis ini.

Semoga sedikit sebanyak sumbangan ini dapat membantu mereka dalam menjalani kehidupan.

*#islammemimpin*
*#kamiprihatin*
*#sejahterabersamaislam*