Home Artikel PAS Perlis

MTQSS Perlis 2019: Dua Wakil SRITI Perlis Raih Johan

270 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Negeri Perlis yang berlangsung di SMK Putra dan SK Putra, Kangar, menyaksikan SRITI tunggal negeri Perlis iaitu Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Furqan, berjaya mencatat keputusan yang amat membanggakan.

Dalam pertandingan yang berlangsung pada 12 dan 13 April itu, tiga daripada lima orang pesertanya berjaya mendapat tempat dalam acara yang disertai.

Johan menunggu, Ahmad Munawwar Bin Mohd Fadzli seperti yang dijangka, terus cemerlang dalam acara Tilawah (Lelaki) manakala Muhammad Firas Darwisy Bin Fazley Aizam pula menjadi johan bagi acara Khat (Lelaki).

Seorang lagi peserta iaitu Nia Ramadhaani Binti Shardi Elvisly pula berjaya mendapat naib johan bagi acara Tilawah (Perempuan).

Gelaran johan yang diraih Ahmad Munawar dan Muhammad Firas Darwisy melayakkan mereka untuk mewakili negeri Perlis ke pertandingan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung nanti.