PADANG TERAP – Selari dengan kenyataan pimpinan tertinggi parti, keutamaan di berikan terhadap agenda penyatuan Ummah berteraskan hubungan dalam agama dan bangsa di samping meraikan kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara ini. Perkara ini adalah berdasarkan arahan dan perintah Allah Di dalam Al Quran.
Jesteru itu PAS Padang Terap amat yakin Gagasan Penyatuan Ummah ini mampu menjadi teras kepada kestabilan politik dalam negara ini , sekaligus menolak “khemah besar” yang telah menjadi igauan ngeri dalam negara.
USTAZ MOHD AZAM ABD AZIZ
YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PADANG TERAP