Home Kenyataan Media PAS Kedah

PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu Tolak Sertai Kemah Besar Dan Fokus Kepada Gagasan Penyatuan Ummah

65
SHARE

Kenyataan oleh TYDP Pas Kawasan Kulim Bandar Baharu : Ust. Rohaizat b. Jaafar

KULIM,23 JUN- Timbalan Yang DiPertua PAS Kulim Bandar Baharu Ust. Rohaizat Jaafar menyatakan PAS Kulim Bandar Baharu menyokong penuh terhadap gagasan penyatuan ummah ini dalam mengukuhkan kedudukan politik Melayu Islam tanpa meninggalkan kaum lain demi kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu juga, PAS KBB menolak konsep “Khemah Besar” yang cuba diperkenalkan oleh Pakatan Harapan sebagai agenda politik mereka mejelang PRU15.

Justeru, PAS Kulim Bandar Baharu mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya Kedah supaya dapat bersatu padu menyokong penuh dan mengukuhkan gagasan penyatuan ummah yang dibina selama ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia.