Oleh: Saffiya Humaira
PADANG BESAR : PAS Kawasan Padang Besar akan menganjurkan Sambutan Jubli Perak Sempena 25 tahun penubuhannya pada 1 hingga 4 Mac 2018 nanti.
Program yang diadakan di Kompleks Tarbiyyah PAS Padang Besar (KOMTAR) itu bakal menyajikan pelbagai program menarik kepada segenap lapisan pengunjung.
Sambutan kali ini bakal menampilkan beberapa orang tetamu khas, antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj. Hashim bin Jasin, Naib Presiden PAS, Dato’ Nik Amar Abdullah dan Dato’ Ir Iskandar Samad, Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyuddin Hassan dan ramai lagi.
Membuka tirai sambutan, Himpunan Assabiqun Peringkat Kawasan Padang Besar pada yang akan menghimpunkan para veteran PAS yang pernah bergelumang dalam dunia aktivis suatu masa dahulu.
Selain itu, slot rawatan oleh Darussyifa’, pemeriksaan kesihatan, program edar risalah bersama pimpinan PAS Pusat, Ziarah DUN, Qiyamullail dan Munajat Perdana serta acara khas bagi kanak-kanak adalah antara acara yang telah disusun bagi menyerikan lagi sambutan yang julung-julung kali diadakan ini.
Bagi golongan muslimat pula, mereka berpeluang mengikuti acara-acara khusus untuk golongan muslimat seperti pertandingan memasak, Sembang Santai serta Hi-Tea Bersama YB Aishah Ghazali, ADUN Merbau Pulas.
Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan kali ini.