Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Muslimat PAS Negeri Sembilan Bantu Persekolahan Golongan Kurang Mampu

925
SHARE

JEMPOL, 27 FEBRUARI: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan (LKK) membantu menjelaskan yuran persekolahan anak-anak dari golongan kurang mampu yang terdiri daripada pelbagai kaum di sini, kelmarin.

LKK Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan, diwakili oleh AJK, Puan Noridah Shariff dan juga Muslimat DUN Jeram Padang, Ummu Mahmud menyampaikan wang berjumlah RM350 sebagai bayaran yuran yang tertunggak untuk anak Siti Ramlah Abdullah di rumah keluarga tersebut di Taman Bahau di sini.

Siti Ramlah dan suaminya Azeni Alias yang berpendapatan sederhana dan tidak mencukupi untuk menyara lima orang anak, malahan seorang daripadanya pemegang kad OKU, jelas Noridah. Tambah Noridah lagi, kebajikan anak OKU tesebut dinafikan hak mendapat bantuan daripada JKM atas alasan kedua ibu bapanya bekerja.

Muslimat PAS juga berkesempatan menziarahi dan menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada Manjula A/P Perumell, salah seorang ibu tunggal yang baharu keluar hospital akibat serangan jantung dan kini dia tidak lagi mampu bekerja untuk menyara keluarga.

Kebajikan Manjula sentiasa berterusan kerana anak-anak beliau juga pernah dibantu oleh LKK Muslimat PAS di awal penggal persekolahan lalu, kata Noridah.

Terdahulu, LKK Muslimat PAS Negeri Sembilan telah membantu ibu tunggal, Muralli A/P Batumalai yang tinggal di Taman Mahsan bagi menjelaskan yuran persekolahan berjumlah RM400 untuk kedua-dua orang anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2.

“Pelbagai bantuan kepada golongan yang kurang mampu terdiri daripada pelbagai kaum yang dilaksanakan PAS melalui gerakerja LKK selari dengan prinsip dalam perlaksanaan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051), iaitu ‘Sejahtera dan Berkebajikan’ ” tegas Noridah Shariff.