Home Berita PAS Johor

PAS Muar berjaya libatkan semua entitinya membantu PRN Melaka

156
SHARE

Oleh : SHARIFAH AJIL

MUAR, 23 Nov : PAS Kawasan Muar telah berjaya melibatkan semua entitinya sebagai jentera dalam membantu calon Perikatan Nasional N27 Merlimau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu lepas.

Yang Dipertua PAS Muar, Abd Aziz Talib melahirkan rasa penghargaannya kepada semua jentera PAS Muar yang telah membantu sejak awal kempen bermula dari lapan November sehingga tamat berakhir pada 20 November lalu.

“Semoga penat lelah dan usaha yang dicurahkan akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua JPRP Muar, Ustaz Ridzuan Nazri juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pasukan dari AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulama, ARC, Gen3 dan juga Assbiqun Muar.

“Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada kita, namun bukan keputusan yang penting tetapi diharapkan segala amal tanggungjawab  yang dituntut kita lakukan mudah-mudahan dikira sebagai amal soleh di sisi Allah”, ujarnya.

PAS Muar telah menghantar seramai 14 orang sebagai petugas PACA walaupun di saat akhir empat orang tidak dapat bertugas kerana terpaksa menjalani kuarantin kendiri.

Petugas lain juga turut membantu seperti ziarah memastikan pengundi turun mengundi (sebelum hari mengundi), menyemak daftar pengundi di pondok barung , membantu membuat culaan secara online, memasang dan menanggalkan bendera serta membantu kerja-kerja di Bilik Operasi.

Bagi petugas yang bernama Ruhani Kaimi pula, pengalaman pertama kali beliau bertugas sebagai Counting Agent di luar kawasan memberi makna baginya kerana sebelum ini hanya punya pengalaman menjadi Polling Agent di tempat sendiri.

“Rasa berdebar kerana tiada pengalaman bertugas di bilik pengiraan undi namun lega kerana semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Ketua Tempat Mengundi (KTM) sangat mesra dan membantu memberi penerangan yang jelas,” tambah beliau.

Menurutnya lagi, perjalanan PRN Melaka menpunyai banyak perbezaan dari kebiasaannya kerana tidak diberi kebenaran berkempen secara fizikal, sentiasa melalui proses penjagaan SOP yang ketat, jumlah petugas yang tidak ramai di pondok panas atau di tempat pendaftaran pengundi.

PRN Melaka telah memberi kemenangan besar kepada pihak Barisan Nasional sekali gus mendapat mandat untuk memerintah negeri Melaka.