Home Artikel PAS Melaka

PAS Melaka iringi lawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

696
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

JASIN, 16 Julai : PAS Negeri Melaka telah mengiringi lawatan kerja Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Dato’ Mohd Khairuddin Aman Razali ke Ladang Karas-Gaharu di sini semalam.

Wakil Badan Perhubungan PAS Melaka ini diketuai oleh Penasihat Agama Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sedik.

Khairuddin di dalam rangka lawatan bagi mendapatkan perkembangan terkini proses inokulasi terbaik berdasarkan sampel kajian yang dilakukan oleh ladang berkenaan sejak November 2017.

Turut serta ialah Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka Hj Md Yasim Musa, Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Bakri Jamaluddin, Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin dan beberapa orang lagi pimpinan peringkat negeri dan kawasan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)