Home Artikel PAS Wilayah

Penyerahan Bantuan Zon Pandan Terlaksana

221
SHARE

Penyerahan Bantuan Zon Pandan Terlaksana

Oleh HEDZER IBRAHIM

KAMPUNG PANDAN, 16 Julai – Team Sukarelawan PAS Titiwangsa Zon Pandan telah menyampaikan sumbangan kepada 23 orang melalui Program Bantuan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) pada 11 Julai yang lepas.

Program kebajikan ini telah mendapat kerjasama daripada NGO AzharCare. Dengan kerjasama ini, sumbangan berupa barang keperluan harian seperti beras, telur, kicap dan lain-lain dapat disampaikan.

Sumbangan diselia oleh para petugas yang terdiri daripada Saudara Aidi Alfian, Saudara Mohd Bakhtar dan Halwa Zon Kampung Pandan. Urusetia program menerima banyak panggilan daripada warga setempat yang ingin mendapatkan bantuan.

Justeru itu, PAS Kawasan Titiwangsa merayu kepada warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang kerana pembelian barang-barang keperluan dapur masih diteruskan sepanjang (PKPP).

PAS Kawasan Titiwangsa berharap dapat meneruskan bantuan sepanjang PKPP ini. Misi ini pasti akan berjaya dengan bantuan dan sumbangan orang ramai.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun,

Maybank : 5640-9850-4101
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA)

serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut :

1) Cikgu Yusoop (011-13373066)
2) En. Hedzer (019-2708639)

Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.

#StaySafe
#Covid_19
#kitajagakita
#PKPP
#pastitiwangsa