Home Artikel PAS Melaka

PAS Melaka Edar Makanan Rai Hari Polis

717
SHARE

Oleh : ABU ANAS

SEMABOK : PAS Melaka merakamkan ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai petugas barisan hadapan bersama agensi-agensi kementerian lain yang bertungkus lumus memastikan kawalan keselamatan awam terus terjamin dalam waktu memerangi pandemik Covid-19 ini.

Sehubungan dengan itu, PAS Melaka telah menyerahkan sumbangan makanan sebagai tanda perihatin dan menghargai tugas mereka membantu kerajaan menangani wabak ini hari ini.

Mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Melaka, Zainudin Latif dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Zuhaidi Yusof.

Menurut Zainudin walaupun hari ini tiada sambutan Hari Polis seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri semalam, tetapi pengiktirafan PAS Negeri Melaka terhadap kerjaya polis sangat tinggi.

“Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke – 213, semoga warga PDRM tabah dan terus memberi khidmat yang terbaik, Allah pasti memberi ganjaranNya.

“Insyaallah PAS Melaka akan membantu sedaya mungkin, menggerakkan sukarelawan dan dermawan di kalangan kami untuk membantu golongan sasar mendepani musibah ini’ katanya.

Beberapa Pos Kawalan Sementara telah dikunjungi untuk menyerahkan sumbangan kepada petugas keselamatan antaranya di Kampung Pernu, Gapam dan Batu Berendam.

Pihak Polis juga mengucapkan penghargaan terima kasih atas sumbangan dan keperihatinan PAS Negeri Melaka.