Home Artikel PAS Wilayah

PAS Titiwangsa Bertindak Bantu Khairunnisak

337
SHARE

Oleh Nurul Nadiyah Hamid

TITIWANGSA, Rabu – Sumbangan segera disampaikan kepada keluarga pertama iaitu Khairunnisak di Flat Seri Sarawak, Jalan Hang Tuah di sini hari ini setelah mendapat kemasukan sumbangan daripada orang ramai.

Penerima sumbangan ini tinggal bersama 8 orang anak di bawah tanggungannya. Dia telah mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKK), Cikgu Yusoop untuk memohon bantuan.

Sumbangan disampaikan oleh Haji Zakaria, Imam surau Flat Seri Sarawak bersama-sama Encik Mohd Azmi, Pengerusi Persatuan Penduduk.

LKK PAS Kawasan Titiwangsa ingin mengajak masyarakat agar bersama-sama menghulurkan sumbangan kerana sumbangan anda meringankan beban mereka.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank : 5640-9850-4101(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA) serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut Cikgu Yusoop (011-13373066) atau En. Hedzer (019-2708639).

Sumbangan anda pastinya meringankan bebanan mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.