Home Artikel PAS Pusat

PAS Masuk Pilihan Raya Mahu Menang

289 views
SHARE

SETIU – PAS masuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 bukan untuk ‘King Maker’ tetapi bersedia menjadi ‘king’ dalam pemerintahan dalam sesebuah kerajaan.

Ahli Jawatan kuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, perjuangan Islam bukan sekadar bersandar kepada kuasa, jentera dan kemampuan kewangan serta teknik dan strategi yang dilangsungkan.

Tetapi ada sesuatu yang lebih besar iaitu pergantungan kepada Allah SWT.

“Kalau kita bandingkan dengan kemampuan kewangan yang kita ada berbanding dengan pihak lawan terlalu sedikit,

“Dan kalau kita banding dengan jentera lawan memanfaatkan serba aneka jentera kerajaan demi kepentingan mereka dengan media mampu sampai ke segenap ceruk rumah,

“Tetapi kita yakin bahawa disamping kudrat sebagai manusia kita ada Allah tempat untuk berharap,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam program motivasi pagi pada Sabtu 28 April.

Katanya, jentera PAS bekerja siang dan malam untuk kemenangan Islam dan kita janganlah anggap bahawa lawan kita boleh berehat…mereka juga bekerja kerana mereka takut kalah,

Dan diantara kita bekerja untuk memenangkan Islam serta mereka takut kalah tekanan sebenarnya ada dipihak mereka,”ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, anggaplah kempen pilihan raya umum (PRU) ke 14 adalah musim menabur kasih sayang untuk menghubungkan silaturrahim dan mengajak seberapa ramai mungkin rakyat untuk mencari kesejahteraan Islam.

“Saya harap semua jentera PAS menjaga dari segi akhlak dan suasana kempen agar tidak berlaku sesuatu di luar dugaan,

“Serta banyak benda yang boleh kita capai dengan penuh kematangan dan kesejahteraan tanpa perlu ditimbulkan sebarang ketegangan,”jelasnya.

Selain daripada itu, PAS menampilkan manifesto sebagai janji untuk kita laksanakan jika diberikan mandat oleh rakyat untuk PAS tampil sebagai sebuah kerajaan yang baru selepas PRU ke 14.

“Kerana itulah kita tampil manifesto kalau sekadar masuk pilihan raya untuk membangkang tak perlu kemukan manifesto kepada rakyat,

“Dan gelombang anak muda berlaku di segenap ceruk kampung dengan keghairahan anak-anak muda untuk melakukan suatu perubahan yang besar dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti,”tambah Dr Azman lagi.

Sumber: BuletinOnline