Home Artikel PAS Johor

PAS Labis Sasar Kemenangan PRU Ini

202 views
SHARE

PAS Labis Sasar Kemenangan PRU kali Ini

Oleh : A’isyah El Yahya

LABIS: PAS Kawasan Labis mensasarkan kemenangan dalam pilihanraya yang dijangka berlangsung pada April ini memandangkan kawasan ini merupakan kawasan yang sangat berpotensi untuk menang dalam pilihanraya sama ada kerusi ADUN mahupun kerusi Parlimen.

Demikian hasrat yang disuarakan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Labis Kali ke 53 di sini, hari ini.

“Kita perlu menyusun, menggerak dan memperkasa kembali organisai di setiap peringkat kerana sesungguhnya Allah akan memberi kemenangan dan kejayaan kepada organisasi yang tersusun kemas.

“Ini memandangkan Labis merupakan kawasan yang kita fokus untuk menang kali ini” ujar Nasir Ahmad, Pengarah Pilihanraya PAS Labis ketika menyatakan kembali hasrat PAS pusat untuk menang 40 Parlimen menjelang PRU ini.

Turut hadir, YDP PAS Kawasan Batu Pahat, Mohd Ruslami, YDP PAS Kawasan Labis, Mohd Salleh Bin Abdullah, Dato’ Sarchu selaku Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Labis, ahli Jawatankuasa kawasan, Dewan Pemuda dan Muslimat, Serta para perwakilan dari cawangan Bandar Labis, Cawangan LKTP Tenang, Cawangan Chemplak, Cawangan Kampung Tenang, dan Cawangan Desa Temu Jodoh.

Walaubagaimanapun, YDP PAS Kawasan Labis menyifatkan kemenangan dalam PRU ini sebagai bonus untuk para jentera memandangkan prioriti nya adalah keredhaan Allah dalam gerak kerja setiap ahli.

Tambahnya, beliau turut terharu dengan kehadiran salah seorang ahli PAS Kawasan yang sanggup hadir meskipun berkerusi roda ke mesyuarat tersebut.

Mengakhiri mesyuarat, para ahli yang hadir turut menyatakan kesediaan mereka dalam menghadapi PRU kali ini