Home Artikel PAS Negeri Sembilan

PAS Bersedia Hadapi PRU14 di Parlimen Rembau

2610
SHARE

Oleh: Rusilah Md Som

REMBAU, 9 MAC: Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan (JPrK) Rembau kini dalam keadaan bersedia untuk menghadapi PRU14. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah JPrK PAS Kawasan Rembau, Rozmal Malakan selepas mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Kawasan Rembau, di sini, kelmarin.

Menurut Rozmal Malakan, “Isu calon telah kami selesaikan secara muafakat dan semua pihak kini amat berpuas hati dengan nama-nama calon yang telah dikemukakan untuk bertanding di DUN-DUN serta Parlimen di bawah kawasan Rembau.

“Sekarang semua petugas kita telah mula menghidupkan bilik-bilik gerakan sebagai persediaan awal menghadapi PRU14 ini, tidak seperti PRU yang lalu di mana isu calon masih dibincangkan pada saat akhir PRU13.”

Justeru, PAS Kawasan Rembau bertanggungjawab mengadakan siri-siri taklimat sebagai usaha untuk menggerakkan semua jentera pilihanraya di peringkat DUN, hingga ke peringkat cawangan melalui Unit Peti Undi (UPU).

Sehubungan dengan itu, Rozmal mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menjadi sukarelawan pilihanraya PAS Rembau agar menghubungi SU – 0193572101 / PSU – 0132229634.

Sumbangan untuk persiapan PRU 14 ini juga boleh disalurkan ke akaun PAS Kawasan Rembau, Bank Islam No Akaun 05012010073347 atau hubungi Bendahari Sdr Khairil (0166669703).

#RembauSejahtera
#SejahteraBersamaIslam