Home Berita PAS Johor

PAS Labis Dan PAS Sekijang Bekerjasama Edar Kuih Bulan

980
SHARE


Labis, 10 Oktober 2017 – PAS Kawasan Labis dengan kerjasama PAS Kawasan Sekijang telah bekerjasama mengedarkan Kuih Bulan di premis perniagaan Tenang Stesen yang terletak di DUN Tenang,Parlimen Labis .

Kedatangan pimpinan PAS Kawasan Labis dan Sekijang disambut meriah dan kebanyakan mereka rasa gembira dengan edaran Kuih Bulan dan risalah RUU 355 dalam tulisan mandarin.


Kunjungan dan edaran Kuih Bulan diketuai oleh Tn.Hj.Salleh Bin Abdullah,YDP PAS Kawasan Labis ,En.Nasir Bin Ahmed,Pengarah JPRK PAS Kawasan Sekijang,dan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Tenang,En.Zulkifli Bin Taib.


Turut bersama ialah Pn.Normala Sudirman ,AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor dan En.Zulkefle Abd Kadir, AJK Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Sekijang.

Kerjasama erat antara dua PAS Kawasan bakal memberikan impak yang tinggi dalam menyelami denyut nadi kesusahan rakyat dan keprihatinan dari masa ke semasa khususnya di DUN Tenang dan Parlimen Labis.


Penerimaaan masyarakat Tionghoa sangat baik dan kemesraan masyarakat majmuk yang ditunjukkan adalah bukti bahawa PAS semakin diterima baik dalam persada politik negara.