Home Artikel PAS Wilayah

PAS Batu (Zon 3) Edar Risalah Pilihanraya

81 views
SHARE

SENTUL, 14 Oktober  – Suasana di pasar malam Flat Sri Kelantan  kelihatan meriah. Di celah-celah pengunjung yang sedang sibuk membeli-belah, Haji Hashim (Ketua Cawangan PAS Sri Kelantan) bersama Sdr Mustafa (Setiausaha PAS Taman Dato Senu) diiringi beberapa petugas muslimat tekun melayan orang ramai sambil mengedarkan risalah. Program turun padang bagi memperkenalkan bakal calon piliharaya PAS bagi Parlimen P115 Batu mendapat sambutan yang menggalakkan. Program tersebut merupakan sebahagian kempen untuk memberitahu komitmen PAS yang akan meletakkan calonnya pada PRU14 akan datang.