Home Berita PAS Kedah

PAS Kubang Pasu edar bubur lambuk buat Pejabat kerajaan

43
SHARE

ALOR SETAR,5 APRIL – PAS Kubang Pasu mengedarkan 800 pek bubur lambuk bagi berkongsi rezeki bersama kakitangan pejabat kerajaan.

Sebanyak 7 buah pejabat kerajaan di Kubang Pasu, yangΒ  terdiri daripada Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Pejabat Tanah, Pejabat Daerah, Hospital Jitra, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ibu Pejabat Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kubang Pasu telah menerima bubur lambuk yang telah diedarkan semalam.

Menerusi facebook PAS Kubang Pasu, edaran bumbur lambuk ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara penjawat awam bersama PAS Kubang Pasu.

Mereka juga berhasrat untuk meneruskan lagi program edaran ini untuk masa akan datang. Hal ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan di samping dapat mengukuhkan lagi semangat kerjasama antara PAS dan orang ramai.

Turut hadir bersama, Ustaz Zulhazmi Osman, Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Pasu merangkap Ahli Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Timbalan Yang Dipertua Tuan Haji Saarin Osman merangkap Penyelaras DUN Jitra, saudara Mohd Syarizal Maksir Naib Yang Dipertua, Puan Habshah Bakar Ketua Dewan Muslimat merangkap Ahli Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Setiausaha dan Penolong Setiausaha serta Setiausaha kerja PAS Kawasan Kubang Pasu saudari Nur Alia Jasmi.