Home Berita PAS Sabah

Sinar Kasih Ramadan PAS Keningau ringankan golongan asnaf

137
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa H.M.Shom
5 April 2023

KENINGAU: PAS Keningau akan berusaha membantu seramai mungkin asnaf dan golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.

Terdapat beberapa misi yang dirancang dalam program Sinar Kasih Ramadan bagi membantu meringankan beban asnaf di sekitar kampung di seluruh daerah keningau.

Diharapkan semoga sumbangan ini dapat meringakan beban kewangan terutamanya golongan asnaf.

“Terima kasih kepada semua penyumbang, teruskan menyumbang melalui Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan PAS Kawasan agar lebih ramai lagi golongan asnaf yang dapat dibantu bukan saja pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini tapi pada bulan-bulan yang lain juga, insya-Allah,” kata ketua Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Keningau, Rafiah Sulaiman.

Program ini adalah anjuran bersama di bawah Lajnah kebajikan kemasyarakatan Kawasan dan Dewan Muslimat PAS Keningau.

Seramai dua keluarga asnaf menerima sumbangan yang diserahkan pada ahad lalu di kampung Kumawanan dan kampung Bingkor yang berupa bakul makanan berbentuk bahan mentah keperluan dapur.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh wakil Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan serta wakil lajnah Dewan Muslimat PAS Keningau iaitu Yusof Ahmad dan Rounah Rumbayat.