Home Berita PAS Kedah

PAS Kubang Pasu buka cawangan baharu

374
SHARE


JITRA –
PAS Kawasan Kubang Pasu terus melebarkan pengaruh dan sokongan dengan tertubuhnya satu lagi cawangan baru PAS di Kampung Padang Pekan.

Majlis perasmian cawangan baru ini diadakan secara ringkas dengan dihadiri lebih 50 orang ahli dan penyokong PAS telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kubang Pasu, Haji Saarin Osman.

Majlis tersebut juga telah dimeriahkan lagi dengan penyampaian sumbangan pek makanan asas daripada PAS Kubang Pasu kepada 30 orang warga asnaf.

Turut hadir bersama ialah Naib Yang Dipertua PAS Kubang Pasu, Encik Syarizal Maksir, Ketua Penerangan PAS Kubang Pasu, Encik Azman Abu Hassan Ketua Pemuda PAS Kubang Pasu, Encik Ku Abd Muhyi dan Penolong Setiausaha PAS Kubang Pasu, Encik Zaki Seman.