Home Berita PAS Kedah

PAS Kubang Pasu bantu bersih rumah mangsa banjir

163
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

KUBANG PASU, 3 Nov – PAS Kubang Pasu bersama Jabatan Amal mengambil inisiatif membantu mangsa banjir membersihkan rumah penduduk selepas bencana banjir melanda daerah itu, semalam.

Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kubang Pasu, Ku Abd Muhyi menerusi facebooknya berkata, petugas sukarelawan membantu penduduk membersihkan rumah mereka selepas air banjir mulai surut di beberapa kawasan.

“Kami hanya mampu membantu di rumah yang airnya sudah mulai surut, disebabkan masih banyak rumah yang masih tenggalam.


“simpati dengan warga emas yang terpaksa berjaga sehingga tengah malam, membersihkan rumah,”katanya

Beliau menabah, PAS Kubang Pasu bersama Jabatan Amal berjanji akan membantu sedaya upaya meringankan kesan yang dialami akibat banjir yang melanda ini.