Home Berita PAS Johor

Masyarakat India di Bakri disantuni sempena Deepavali

131
SHARE

Oleh AMMAR FIRDAUS

BAKRI, 3 Nov : PAS Kawasan Bakri telah menyantuni masyarakat India yang kurang berkemampuan dengan menyampaikan sumbangan sebanyak 30 set barangan keperluan harian termasuk wang tunai di sini, semalam sempena Deepavali yang bakal menjelma.

Program yang mendapat kerjasama daripada Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS peringkat kawasan Bakri berikut telah dilaksanakan sekitar jam dua petang di beberapa lokasi berasingan secara pandu lalu, antaranya di Jalan Kim Kee dan juga di Pejabat PAS Kawasan Bakri, Kampung Jeram Masjid.

Turut hadir, Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Bakri, Azman Ibrahim, Ketua DHPP Bakri, Subrmaniam Kupusamy, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bakri, Ammar Firdaus, AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Bakri ,Zapidah Fazil dan beberapa petugas PAS Kawasan Bakri memeriahkan program berkenaan.

Menurut Subrmaniam, para penerima yang hadir telah menerima sumbangan dan terus beredar sebagai langkah berjaga-jaga di musim pandemik Covid.

Tambah beliau, para penerima yang mendapat sumbangan turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan berkenaan yang dapat membantu meringankan beban mereka, dan beliau juga mengharapkan program sebegini dapat dianjurkan pada setiap tahun.