Home Artikel PAS Melaka

PAS Kota Melaka Sumbang Bantuan Kelengkapan Sekolah Menyantuni Golongan Kurang Kemampuan

316
SHARE
Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek sedang menyampaikan sumbangan.
Ketua Umno Bahagian Kota Melaka, Datuk Abd Razak Abd Rahman antara tetamu kehormat yang hadirr

Oleh: Shawal Ahmad

KOTA MELAKA: “Menyedari akan kos kehidupan dan kos permulaan sekolah yang meningkat ketika ini, dan bagi meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak, Jabatan Pilihanraya Dun (JPRD) Duyong telah mengambil tanggungjawab amal untuk menganjurkan Program Sumbangan Back to School” kata Pengarah JPRD, Haji Osman Abdullah.

‘’Hasil usaha mendekati masyarakat sebelum ini, pihak JPRD telah mengenal pasti 30 buah keluarga yang terpilih bagi menerima barang-barang kelengkapan dan alatan sekolah. Kos ditaja sepenuhnya oleh hasil sumbangan daripada pihak-pihak yang begitu dermawan dan prihatin.” ulas beliau lagi.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran” (Al-Maidah: 2)

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dalam ucapan perasmiannya berkata pihak PAS akan terus membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan tanpa mengira ideologi politik, agama dan bangsa.

’Keprihatinan PAS terhadap rakyat setempat terutama menyentuh soal kebajikan dan kemasyarakatan adalah sebahagian daripada tuntutan Islam meskipun PAS bukanlah satu parti yang kaya raya namun keprihatinan terhadap kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan.’’ Katanya lagi.

Tambah Ustaz Kamarudin lagi, pada PRU 14 lepas, PAS bertanding di DUN Duyong dan meskipun belum ada lagi wakil PAS di DUN ini, tanggungjawab sosial dan kebajikan rakyat tetap menjadi agenda utama PAS. Beliau juga berharap melalui kerja kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan parti itu, PAS akan lebih dikenali dan disayangi rakyat.

Ustaz Kamaruddin Sidek yang hadir sebagai perasmi  ini telah menyampaikan sumbangan kepada penerima-penerima yang telah disenaraikan. Program ‘Back-To-School’ ini berlangsung di pekarangan Restoran Berkat Bonda, Duyong, Melaka, hari ini.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Kota Melaka, Datuk Abd Razak Abd Rahman, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Melaka Noorfazilah Ismail dan Ketua Penerangan PAS Kota Melaka, Azmi Aziz.