Home Berita PAS Johor

PAS Kluang gesa SUHAKAM batal hasrat iktiraf LGBTQ melalui tawaran kajian

83
SHARE

 

PAS kawasan Kluang menyokong penuh kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad yang menggesa supaya membatalkan tawaran kajian mengenai third gender kerana ianya sangat jelas bertentangan dengan agama Islam dan bertentangan fitrah manusia.

Walaupun ianya masih dalam proses untuk dibuat kajian namun tindakan SUHAKAM ini jelas telah membuka ruang perbincangan bagi membolehkan LGBTQ berusaha mendapatkan pengiktirafan di Malaysia.

SUHAKAM sebagai sebuah badan yang memperjuangkan hak asasi manusia mestilah memastikan bahawa apa yang diperjuangkan menepati dengan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

PAS kawasan Kluang tidak dapat berkompromi dengan perkara seperti ini dan bertegas supaya ianya tidak diteruskan oleh SUHAKAM.

PAS kawasan Kluang mencadangkan supaya PAS Pusat dapat membuat pertemuan dengan pihak SUHAKAM bagi menyatakan pendirian tegas ini dan membuat penjelasan dengan lebih lanjut.

Sekian. Terima kasih.

Ustaz Muhammad Aliffudin bin Ramlee

Naib Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang