Home Berita PAS Sabah

PAS Keningau ziarah prihatin ahli

23
SHARE

Oleh: Rozila Kadir

22 Februari 2024

KENINGAU: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. PAS Keningau melalui PAS Cawangan Pekan telah turun kawasan meninjau sendiri keadaan serta keperluan yang diperlukan oleh Puan Saimah Taib bagi kos pembinaan rumah di penempatan Ribut Greg Kampung Kauran Keningau.

Lawatan dan tinjauan dibuat susulan aduan dan permohonan yang dikemukakan oleh Puan Saimah Taib sendiri memohon agar ada pihak , badan-badan khas atau individu dapat menghulurkan bantuan bagi menyegerakan pembinaan rumah beliau sekeluarga yang masih kekurangan bahan binaan seperti zink, simen dan bahan asas lainnya.

Menurut beliau, rumah mereka sekeluarga dibina di atas tanah rizab kampung dengan kebenaran dan atas budi bicara ketua kampung Kauran.

Puan Saimah Taib mempunyai harapan tinggi agar pembinaan rumah tempat beliau berteduh sekeluarga daripada panas dan hujan dapat disiapkan segera sebelum tiba bulan Ramadan nanti.

Hadir bersama dalam tinjauan ini ialah Rizdqan Wirahadi Kusuma Ketua PAS Cawangan Pekan Keningau merangkap Ketua Pemuda PAS Keningau dengan diiringi Buda Adi dan Syukri Seesaw AJK PAS Cawangan Pekan Keningau yang juga turut berkesempatan membuat anggaran kos pembinaan rumah Puan Saimah Taib yang diperlukan secara kasar sekali gus menyerahkan sumbangan barang keperluan harian.