Oleh TASNIM MUSTAFFA
KOTA SARANG SEMUT, 16 Jan – PAS Kedah menerima rombongan Sidang Assabiqun PAS Pusat, disini, hari ini.
Rombongan yang diketuai Pengerusi Assabiqun PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohammad itu membawa delagasi seramai 20 orang.
Sidang Assabiqun diberi taklimat mengenai pengoprasian PAS Kedah oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato YB Senator Ustaz Hj Ahmad Yahya
Kemudian delagasi assabiqun turut dibawa melawat bangunan kompleks PAS Kedah yang hampir siap dan akan menjadi tuan rumah Muktamar PAS Pusat tahun hadapan.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah, Sheikh Rodi Abd Rahman.