Home Berita PAS Kedah

PAS Kedah sekali lagi beri bantuan mangsa terjejas “kepala air”

30
SHARE

MERBOK, 11 Sept – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) sekali lagi menyertai Majlis Bantuan Sumbangan Buat Mangsa Banjir Kepala Air Gunung Jerai Fasa 4 anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah yang berlangsung di Markas PAS Singkir Darat, Merbok petang ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ditugaskan untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk berjumlah hampir 196 orang yang telah berlangsung secara ringkas bermula jam 2.30 petang tadi.

 

Antara pimpinan yang sama turut hadir adalah ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood, Bendahari DPPNK, Ustaz Fikri Isyak dan Pengarah Pilihanraya DPPNK, Sdr. Ku Abdul Muhyi Ku Abdul Hamid.

Turut hadir adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Kedah DPPNK, Sdr. Abdul Hadi Omar, Setiausaha DPPNK, Ustaz Najhi Hayazie serta Sdr. Yusof Chin selaku AJK PAS Kawasan Jerai.

Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mereka yang terlibat dalam tragedi ini”, ujar Ustaz Nurul Amin Hamid ketika berucap pada program siang tadi disambut suasana ceria dan harmoni dari semua penerima.

Sumber : Sektor Komunikasi & Strategik,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

/Tasnim