Home Berita PAS Kedah

Adun Bukit Lada anjur peraduan seni fotografi dalam talian

16
SHARE

BUKIT LADA – Adun Bukit Lada menganjurkan peraduan seni fotografi “Selfie Merdeka” bagi meraikan semangat patriotik dan cintakan negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 dan Hari Malaysia bermula hari ini.

Peraduan yang berlangsung bermula pada 11 September hingga 20 September ini menawarkan hadiah menarik kepada dua pemenang utama berupa gadjet elektronik, tiga hadiah berupa hamper makanan serta 16 hadiah saguhati untuk 15 pemenang.

Peraduan seni fotografi atas talian ini diharap membolehkan warga Adun Bukit Lada merasai semangat kemerdekaan dan perpaduan yang dikecapi negara.

/tasnim