Home Kenyataan Media PAS Kedah

PAS Kedah Melancarkan Tabung Bencana Kilat untuk Mangsa Tragedi “Kepala Air”

386
SHARE

TABUNG BENCANA BANJIR KILAT YANG BERLAKU DI DAERAH YAN/KUALA MUDA

Assalamualaikum waruhmatullahiwabarokatuh

Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah melahirkan rasa dukacita dan simpati terhadap mangsa banjir kilat akibat kejadian “kepala air” di Gunung Jerai. Takziah kepada yang kehilangan ahli keluarga akibat bencana tersebut.

Sehubungan itu, BPPNK telah mengerakkan tenaga sokongan dalam membantu pihak berkuasa menangani tragedi tersebut. PAS Kawasan Jerai dan Merbok diarahkan membuka bilik Gerakan bagi membantu secara langsung pihak terbabit.

Amilin PAS diperlukan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terbabit serta lain-lain tugasan. Semua urusan hendaklah dibuat mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, memandangkan kita masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

Mereka boleh menghubungi Setiausaha PAS Kawasan Jerai, Ustaz Muaz Osman (019-5711920) atau Setiausaha PAS Kawasan Merbok, Haji Fathurrahman (019-4725096).

Semua pihak juga dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa-mangsa bencana. Sumbangan boleh dihulurkan melalui pindahan tunai ke akaun Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK (MBB 552170001133) atau hubungi Puan Nurul Huda (013-4378647).

Terima Kasih,

MUSODDAK BIN AHMAD

Setiausaha BPPNK