Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Negeri Sembilan bantu kaum India di Kuala Sawah

80
SHARE

Oleh : RUSILAH MD SOM

RANTAU, 19 Ogos : Beberapa buah keluarga India memohon bantuan daripada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan (LKKPN9) apabila rumah mereka dimasuki air di Batu 5, Jalan Kuala Sawah, semalam.

Pengerusi LKKPN9, Ishak Omar bersama Ahli Jawatankuasa LKKP Kawasan Rembau, Suraya Shamsuddin dan Azamah Awang telah menzirahi kelima-lima keluarga kaum India tersebut.

Ishak Omar telah dimaklumkan oleh Loogeswari a/p Gunasegaran bahawa rumah sewa yang mereka duduki telah dimasuki air dan memerlukan bantuan.

Menurut Loogeswary, rumah yang diduduki di sewa dengan kadar RM300 sebulan, sedangkan beliau kini tidak mempunyai sebarang pendapatan setelah diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Simpati dengan keadaan tersebut, pihak PAS yang diwakili LKKPN9 telah menghulurkan set barangan dapur kepada 5 buah keluarga tersebut bagi meringankan bebanan mereka, tegas Pengerusi Ishak Omar.

Melalui sesi ziarah itu, Ishak Omar juga telah menyumbangkan sedikit wang tunai kepada Kogilavani a/p Subramaniam bagi membeli gas untuk keperluan memasak.

Terdahulu, Pengerusi LKKPN9 itu juga dimaklumkan oleh salah satu daripada keluarga tersebut memerlukan tilam dan bantal untuk kegunaan keluarga mereka.