Home Kenyataan Media PAS Kedah

PAS Kedah lancar derma jihad Palestin

105
SHARE

PAS KEDAH LANCAR DERMA JIHAD PALESTIN

Assalamu’alaikum wmt wbr.,

Kesengsaraan umat Islam Palestin yang menghadapi pembantaian oleh rejim haram Israel tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ratusan nyawa yang tidak berdosa melayang. Sekolah, bangunan kerajaan dan tempat kediaman menjadi sasaran keganasan.

Derita panjang umat Islam Palestin tidak harus dibiarkan berlarutan. Sehubungan itu, BPPNK melancarkan *Derma Jihad Palestin* bagi membantu saudara-saudara kita di sana yang sangat memerlukan pertolongan.

Saya ingin mengarahkan supaya setiap PAS Kawasan melancarkan kutipan derma jihad yang sama. Begitu juga Dewan-dewan di peringkat kawasan mestilah berganding bahu menjayakan hasrat murni tersebut.

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Tabung Bencana PAS Kedah terlebih dahulu.

Majlis tindakan bencana Alam BPPNK
552170001133
Maybank

Semua sumbangan terkumpul akan diserahkan kepada seketariat # Aid4palestine.

Semoga usaha murni kita yang sedikit ini, mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT. Marilah kita mendoakan agar kesengsaraan rakyat Palestin segera berakhir.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB SENATOR AHMAD BIN YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah

2 Syawal 1442H | 14 Mei 2021