Home Berita PAS Johor

PAS Kedah Komited Tunai Tanggungjawab Sebagai Kerajaan

125
SHARE

1. Sabda Rasulullah SAW :
أد الأمانة الى من اءتمنك ولا تخن من خانك
Maksudnya : Tunaikan amanah kepada orang yang memberikan amanah kepadamu, dan Jangan khianati mereka walaupun mereka telah mengkhianati kami”.
Itulah peringatan nabi kepada kita, sesuai sebagai peringatan bagi mereka yang nak segerakan Pilihanraya Umum (PRU).

2. Sepatutnya tempoh yang ada dimanfaatkan untuk melaksanakan tanggungjawab dan mensejahterakan rakyat. Natijah PRU 14 lalu, kemenangan PH yang menjadi “mimpi ngeri” untuk rakyat, mesti jangan diberi peluang untuk diulangi.

3. Semua agenda yang dirancang meskipun dalam tempoh masa yang singkat ini mestilah diterjemahkan dalam agenda bertindak kerajaan. Masalah rakyat mestilah diselesaikan semaksimum mungkin.

4. Sepatutnya, bekas parti kerajaan yang memegang rekod terlalu lama mentadbir mengambil peluang yang berbaki untuk mempamerkan keinsafan dan ‘taubat nasuha’ di hadapan rakyat, lalu melunaskan amanah dalam kerajaan bersama dengan penuh hemah sehingga habis penggal pentadbiran kerajaan. Bukan gopoh dan rakus untuk menghadap pilihanraya di saat pelbagai masalah membelenggu rakyat.

5. PAS Kedah komited dengan arahan PAS Pusat untuk memperteguh Muafakat Nasional dan memperkasa Perikatan Nasional. “Khemah Besar” mahupun “Jajaran Baru” langsung tidak akan membangkitkan selera PAS untuk bersama, lantaran PAS tegas menolak DAP sebagai rakan sekutu berikutan sikap mereka terhadap Islam.

6. Berhubung PRU, PAS meletakkan keyakinan kepada janji Allah untuk kemenangan Islam dengan semampu mungkin usaha dan ikhtiar dilaksanakan. Apa jua keputusan yang Allah tentukan adalah yang terbaik, justeru ia tidak menjadi sebab untuk kita bersikap resah gelisah seolah-olah tirai besi penjara sedang berada di hadapan mata.

7. Seluruh ahli PAS sentiasa bermotivasi tinggi dan hanya mengharapkan redha Allah dalam apa juga gerakerja yang dilaksanakan. Kami mengajak semua pihak untuk berbakti kepada rakyat dan beramal soleh sebagai “bekalan” kita di akhirat nanti.

YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat
Ketua Penerangan PAS Kedah
13 Zulkaedah 1443H / 13 JUN 2022