Home Berita PAS Johor

Johor benar solat rapat saf tanpa penjarakan

185
SHARE
Gambar HIASAN

 

Oleh NAZIRUL MUNIR

KLUANG, 13 Jun : Johor membenarkan solat berjemaah secara saf dirapatkan di masjid dan surau seluruh negeri ini tanpa mengikut saiz sejadah bermula hari ini.

Demikian dinyatakan didalam kenyataan media oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor mengenai pelaksanaan solat jemaah, aktiviti pengimarahan masjid dan surau serta ibadah korban negeri Johor dalam fasa peralihan ke Endemik.

“Setiap jemaah masih digalakkan untuk membawa sejadah sendiri serta pemakaian pelitup muka masih dikekalkan, manakala bersalaman antara jemaah tidak digalakkan.

“Aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti kelas pengajian takmir, kuliah subuh, kuliah dhuha, majlis zikir dan seumpamanya juga dibenarkan, begitu juga segala aktiviti memasak dan jamuan dalam kawasan masjid serta surau termasuk aktiviti bermalam.

“Tiada pemeriksaan suhu badan dan tiada had umur jemaah hadir ke masjid dan surau, namun sekiranya mempunyai gejala adalah tidak digalakkan. Majlis perkahwinan juga dibenarkan bagi masjid dan surau yang mempunyai dewan serbaguna,”

Kebenaran itu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagaimana peruntukan Fasal 57 (A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

Sementara itu, aktiviti ibadah korban perlulah dilaksanakan di RUmah Penyembelihan yang berdaftar dengan Pejabat Perkhidmatan Vaterinar Daerah.

“Kawasan masjid dan surau serta kawasan lain yang mempunyai ruang penyembelihan khusus yang lengkap dengan kebenaran Pejabat Kadi Daerah dan Pejabat Perkhidmatan Vaterinar Daerah turut dibenarkan.

“Aktiviti memotong daging, membungkus dan edaran sahaja dibenarkan bagi masjid dan surau yang tiada ruang dan kelengkapan penyembelihan”.