Home Berita PAS Perak

PAS Perak seru utamakan rakyat dan tangani masalah negara

86
SHARE

PAS Negeri Perak menyeru seluruh pihak untuk bersatu bersama kerajaan menyelesaikan masalah rakyat dan menangani masalah negara. Hal ini berikutan Presiden UMNO yang kerapkali dilihat mendesak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menyegerakan Pilihanraya Umum ke-15.

PAS Negeri Perak dengan ini menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat bertajuk “Tiada Keperluan Segerakan PRU15, Fokus Utama Adalah Kesejahteraan Rakyat”. Fokus utama kerajaan Perikatan Nasional masa kini adalah memastikan kemelut ekonomi dapat diselesaikan bagi menjamin kestabilan hidup rakyat Malaysia.

Justeru, PAS Perak sekali lagi menegaskan agar tiada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik tanah air dengan mendesak diadakan PRU15 dalam masa terdekat.

Sekian.

YB Khalil bin Yahaya
Ketua Penerangan PAS Negeri Perak
13 Zulqaidah 1443H/13 Jun 2022