Home Artikel PAS Melaka

PAS Kawasan ziarah, Rela Ab Rahman

524
SHARE

Oleh : HANIFF ABD RAHIM

AYER KEROH : Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Hang Tuah Jaya yang diketuai oleh Yang Dipertua PAS kawasan, Ramli Dalip mengadakan ziarah terhadap Rela Ab Rahman di Hospital Melaka, disini semalam.

Rela, merupakan mantan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Hang Jaya, kini disyaki menghidap penyakit batu karang dibuah pinggang beliau dan masih dalam pemantauan doktor.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Ramli Dalip menyeruh kepada seluruh ahli PAS atau kenalan untuk mendoakan kesihatan buat Rela agar segera sembuh dan melaksanakan kehidupan sehariannya seperti biasa.

Turut hadir dalam ziarah tersebut, ADUN Ayer Molek, YB Rahmad Mariman dan Naib Yang Dipertua PAS kawasan Muhd Taufik Ab Rahman.