Home Artikel PAS Sabah

Rehlah Guru PASTI Sandakan taut ukhuwah bersama pimpinan

482
SHARE

Oleh : Susilah Charles

20 Oktober 2019

SANDAKAN : Majlis Guru PASTI (MGP) Sandakan telah mengadakan rehlah di Pantai Pasir Putih, dekat sini semalam yang mempertautkan ukhuwah bersama pimpinan.

Selain Guru PASTI, turut terlibat dengan program ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan, Nur Faezah Junaidi.

Ketika berucap, Norsah berkongsi tentang garis panduan yang perlu dicapai oleh setiap Guru PASTI agar mempunyai hubungan yang baik dengan Sang Pencipta iaitu solat diawal waktu, berusaha solat berjemaah, perbanyakkan zikir serta amalan-amalan lain.

“Tahniah atas penganjuran program ini yang telah merapatkan hubungan silaturahim diantara guru dan pimpinan Muslimat PAS,” tambahnya.

Selain itu, Nur Faezah yang turut berucap menasihat guru PASTI agar bijak menggunakan masa supaya dapat melibatkan diri dengan pelbagai program Islamiyah.

Tambahnya, guru PASTI juga perlu membiasakan diri dengan melakukan perkara-perkara yang baik kerana mereka merupakan suri teladan yang sering diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.