Home Artikel PAS Melaka

PAS dan kebajikan, berpisah tiada

356
SHARE

Oleh : SYAKIRAH NORDIN

AYER KEROH : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Hang Tuah, komited dalam mengadakan program-program ziarah dan kebajikan diperingkat DUN khususnya bagi ahli-ahli PAS yang memerlukan.

Program ziarah dan kebajikan tersebut, diketuai oleh Dr Khatijah Jumangat diadakan setiap minggu, pada hari khamis berdasarkan kepada laporan orang ramai yang memerlukan sumbangan.

Menurut, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Dr Khatijah berkata, PAS akan terus menjadi sebuah parti yang bukan hanya memfokuskan kepada politik semata-mata, tetapi berteraskan dakwah dan kebajikan kepada rakyat yang memerlukan.

“PAS hari ini dilihat, menjadi sebuah parti yang tidak asing lagi dengan program-program kebajikan dan turun ke lapangan bertemu dengan rakyat. Maka, PAS dan kebajikan ini berpisah tiada, walau kita tidak mempunyai peruntukan daripada pihak kerajaan, namun atas kepercayaan sumbangan orang awam itu kita salurkan terus kepada rakyat.” jelas beliau.

Sementara itu, Dr Khatijah menyeruh kepada orang ramai agar terus menyumbang, khusus kepada program kebajikan dan berkongsi sedikit nikmat yang diberi oleh Allah SWT.

Sebarang bentuk sumbangan bolehlah disalurkan kepada akaun Bank Islam- 04015010048965 (PAS Kawasan Bukit Katil/Hang Tuah Jaya dengan rujukan ‘kebajikan’ atau hubungi 019-6575756 (Dr Khatijah) untuk maklumat lanjut dan sebarang transaksi dilakukan.