Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada 9 Februari baru-baru ini, PAS kawasan Teluk Kemang telah mengadakan program penyampaian sumbangan kepada masyarakat cina di restoran Pak Kasim, Batu 10, Port Dickson. Sumbangan ini disempurnakan oleh Ustaz Abdul Fatah Zakaria, selaku Yang Dipertua Kawasan.
Program ini telah mendapat respon yang sangat menggalakkan khususnya masyarakat Cina yang menyokong usaha perjuangan PAS untuk mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum. Mereka juga berjanji untuk menarik saudara dan rakan-rakan yang lain untuk sama-sama mengundi PAS dalam pilihnraya umum ke-14 tak lama lagi.
#SejahteraPortDickson