Home Kenyataan Media PAS Johor

DUN Pemanis Ucap Selamat Tahun Baru Cina 2018

1452
SHARE

PUSAT ADUAN RAKYAT DUN PEMANIS mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Tionghoa dan masyarakat Cina yang menyambut perayaan budaya pada tahun ini khususnya di DUN Pemanis ,dalam kawasan Parlimen Sekijang, Johor.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang mafhumnya :

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.

Semoga semangat setiakawan dan jalinan muhibbah antara masyarakat majmuk di Malaysia khususnya di DUN Pemanis sentiasa terjalin erat buat selama-lamanya.

Nilai murni saling menghormati adat resam dan budaya pelbagai kaum di Malaysia adalah amat penting dan ramuan terbaik ke arah keharmonian kaum khususnya di Kawasan DUN Pemanis,Parlimen Sekijang.

Kami mengiktiraf sumbangan kaum Tionghoa dalam memberi sumbangan besar dalam memacu ekonomi negara khususnya dalam kegiatan perniagaan di Malaysia khususnya di DUN Pemanis.

Semoga kita dapat membina sebuah negara yang sejahtera, aman dan makmur melalui peranan kaum Tionghoa dan semua masyarakat majmuk demi kelangsungan generasi pelapis masa hadapan dalam mengubah landskap dan citra wajah Malaysia yang lebih gemilang.

Akhir kata, semoga perayaan pada tahun ini akan memberikan semangat baru sebagai hadiah kepada Malaysia.
Raikan tahun baru ini bersama keluarga yang tersayang!
Tahun baharu, harapan baharu..

Ubah sekarang!Selamatkan Malaysia!

恭喜发财,新年进步 2018
Gong Xi Fa Cai 2018
Happy Chinese New Year..

‘Sejahtera Bersama Islam’

Ingatan tulus:
Normala Binti Sudirman
1.Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis.
2.Timbalan Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor.
30 Jamadil Awal 1439H
16 Februari 2018